27 August 2010

Phonex dactylifera


Salam Ramadhan.

Sebut je bulan puasa, memang tak sah kalo takde phonex dactylifera. Betul tak? Erk. Pebende phonex dactylifera ni? Hah. Search la sendiri. Heheh. Cik D tak kejam ler. Phonex dactylifera ni la orang Malaysia atau yang serumpun dengannya memanggilnya kurma. Kurma tau? Kalo tak tau jugak, sila lah naik AirAsia ke Timur Tengah... Boleh tengok pokok kurma secara live. Hikhik.

Entry kali ni, Cik D nak cerita pasal sains dan kurma. Name saintifik kurma kita dah tau. Tapi apa pulak bahan-bahan yang terkandung dalam kurma? Menurut sumber, kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. 

Cik D nak tekankan perihal glukosa. Apa beza kurma dengan buah-buahan manis yang lain? Lazimnya, kandungan gula adalah dalam bentuk fruktosa atau sukrosa. Gula jenis ini tidak dapat menyerap terus ke dalam tubuh. Ini bermakna ianya perlu diuraikan ke bentuk glukosa untuk diserap oleh tubuh sebagai tenaga. Hebat tak kurma? Ianya tak perlu diuraikan kerana sudah tersedia dalam bentuk glukosa!

Cik D yakin, ramai je yang dah tau betapa banyak khasiat kurma. Tapi, Cik D musykil kerana trend di Malaysia hanya mementingkan kurma di bulan puasa. Bulan Muharram sampai Syaaban; Syawal sampai Zulhijjah dah kurang promosi kurma. Kalau bulan Syawal tu mungkin ada lagi saki-baki kurma bulan puasa tak habis dimakan. Ataupun kurma yang diisi dalam biskut raya. Heheh.

Banyak lagi zat-zat besi yang terkandung dalam kurma. Boleh la jenguk link kat bawah ni. Kurma memang the best!



Saranan Cik D, makanlah kurma setiap hari. Kalau tak dapat buah kurma, jus kurma pun jadilah. Di Malaysia ni, produk asas kurma tak komersil macam negara pengeluar kurma. Mereka dah ada banyak produk berasaskan kurma macam jem kurma, kurma diselitkan kekacang and kurma sebagai perisa dalam aiskrim. Mungkin anda nak terajui perniagaan aiskrim perisa kurma di Malaysia? Boleh la kirim free kat Cik D nanti. Kredit la kat Cik D kan sebab bagi idea bernas ni. Heheh.

Sampel phonex dactylifera
  
Sengih Cik D : Kurma penawar bermacam jenis penyakit. Kalau overdose, ada effect tak? Ngehehe.

26 August 2010

Perasmian Blog Cik D

Assalamualaikum W.B.T. 
Greetings. 
Salam Sejahtera. 


Dengan penuh kesyukuran dan berbesar hati

Cik D merasmikan sendiri blog Cik D

Kisah Cik D & Dot Dot Dot

Nak rasmi mesti mau gunting reben maa.Heheh.

Tahniah & syabas Cik D!!!

Ok cukup. Poyo betul Cik D siap nak rasmi segala. Grand la konon. Heh. Tapi takpe, 1st entry mesti mau intro dulu. Sebelum ni, Cik D sudah pernah menjadi penulis blog. Namun, atas sebab tertentu blog lama cik D terpaksa dibuang selama-lamanya. Haha. Kini, Cik D yang bersemangat baru tampil semula di alam maya dengan pemikiran yang lebih matang dan penulisan yang padat dengan ilmu yang berguna serta kisah-kisah menarik dan mencuit hati untuk dikongsi bersama. InsyaAllah. Bukankah itu yang sebaiknya? Sharing is caring kan? Heheh. Semoga kedatangan Cik D disambut baik oleh pembaca di luar sana.

Sengih Cik D : Seronok rasmi sendiri. Tak perlu protokol. Heh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...