18 February 2013

Kuda Perang (Part 1)

Sumber
Terdapat perbezaan pendapat sama ada surah ini diturunkan di Mekah atau Madinah. Kata sepakat lebih memihak kepada Mekah kerana ciri-ciri surah Makkiyah adalah ringkas, pendek dan umum di mana surah ini ditujukan kepada al insan, bukan al muslim.

Pakar sastera Al-Quran iaitu Sayyid Qutb berpendapat, rima surah ni kucar-kacir dan tak sedap didengar. Surah ini disifatkan sebagai tegas, pantas dan ganas kerana ianya berbentuk ancaman, teguran dan amaran dari Allah SWT. Tujuannya untuk menimbulkan rasa tidak selesa pada orang yang tidak beriman sebelumnya.

Bagi menghayati surah ini, korang kena bayangkan gambaran peristiwa. Riwayat oleh Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abbas mengatakan, Rasulullah SAW menghantar pasukan berkuda ke Kinanah, Mesir. Apabila sebulan berlalu tanpa khabar berita, orang munafik menyebarkan berita kematian mereka.

Lalu Allah menurunkan surah Al-‘Adiyat untuk memaklumkan kejayaan mereka. Lima ayat awal surah ini menunjukkan pasukan berkuda yang bergerak pantas. Pada ayat ke-enam dan berikutnya, Allah menyampaikan mesej kepada orang yang tidak beriman sebelumnya.

Perselisihan antara Ibnu Abbas dan Saidina Ali

Pada suatu hari, seorang pemuda bertanya kepada Ibnu Abbas tentang maksud Al-‘Adiyat. Ibnu Abbas menjawab kuda perang. Kemudian, pemuda itu pergi bertanya kepada Saidina Ali. Saidina Ali bertanya, “Adakah sesiapa yang kau tanya sebelumku?” Pemuda itu menjawab, “Aku telah bertanya pada Ibnu Abbas.” Lalu Saidina Ali menjawab, “Kuda perang.”

Saidina Ali berjumpa dengan Ibnu Abbas lalu memarahinya, “Kamu telah menipu pemuda itu. Al-‘Adiyat adalah unta yang pergi haji, bukan kuda perang.”

Apa yang kita boleh lihat di sini, Saidina Ali menjawab kuda perang kepada pemuda itu kerana telah mengetahui pendapat Ibnu Abbas. Ibnu Abbas juga tahu pendirian Saidina Ali yang mengatakan Al-‘Adiyat adalah unta yang pergi haji.

Said Hawwa telah menggabungkan pendapat mereka dengan mengatakan maksud Al-‘Adiyat adalah haiwan yang digunakan di jalan Allah. Tak kisahlah unta yang pergi haji atau kuda perang kerana kedua-duanya digunakan di jalan Allah. Pandangan yang paling kemas adalah pandangan Ibnu Abbas. Namun begitu, pandangan Saidina Ali juga mempunyai hujah yang kuat. Kalau bukak kitab tafsir, kita dapat lihat pandangan Ibnu Abbas kerana hanya sedikit kitab tafsir yang menggunakan pendapat Saidina Ali.

Sampai sini saja dulu yang cik d kongsikan. Meh tarik nafas dalam-dalam dulu. Part 2 nanti boleh tengok tafsir ayat.

Sengih cik d: hayati surah ni sehingga rasa takut pada Allah SWT.. no sengih-sengih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...