26 February 2013

Kuda Perang (Part 3)


Sambungan dari Kuda Perang (Part 2)

Apa pula mesej yang Allah sampaikan melalui surah Al-'Adiyat? Jom tengok tafsir ayat berikutnya. 

Ayat 6: Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur kepada Tuhannya 
Kanud: sangat tidak bersyukur

*Tiga ciri orang Kanud: 
  • makan seorang diri (orang lain tidak makan seperti yang dia makan)
  • tidak berbuat baik kepada hambanya (pekerja)
  • menyekat sesuatu kerana kepentingan diri
Ayat 7: Dan sesungguhnya ia(manusia) menyaksikan(mengakui) keingkarannya

Ayat 8: Dan sesungguhnya ia sangat melampau cintakan harta
Hub: suka yang berlebihan 

Allah berkata manusia amat tidak bersyukur malah manusia itu sendiri tahu yang dia tidak bersyukur. Boleh jadi juga maksud ayat 7 ini ialah perbuatan manusia yang tidak bersyukur itu yang menjadi saksi di Hari Kiamat nanti. Nauzu billahi min zalik.. 

Ayat 9: Maka tidakkah dia mengetahui apabila apa di dalam kubur dibongkarkan? 

Ayat 10: Dan didedahkan apa yang ada dalam dada? 

Allah memberi ancaman bahawa kubur akan dibongkarkan dan segala apa yang dipendam dalam dada dikeluarkan. Kata-kata (bahasa Arab) yang digunakan dalam ayat 9-10 adalah amat keras dan kasar yang mampu membuat perasaan bergoncang. (susah nak menghayati bila tak belajar bahasa Arab..) 

Ayat 11: Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka

Pengajaran 
1. Kita perlu mempersiapkan diri untuk berjuang fi sabilillah pada bila-bila masa. 
2. Ingat bahawa Allah tahu apa yang terdetik di hati kita. 
3. Sentiasa bertaubat kerana Allah suka orang yang bertaubat. 

*Info tambahan: Ada 2 surah yang berbentuk ancaman dari Allah SWT iaitu Surah Al-Zalzalah dan Surah Al-'Adiyat 

Inilah setakat perkongsian ilmu yang cik d dapat di Masjid Putra oleh Ustaz Umar (tak ingat nama penuh). Teguran diperlukan sekiranya ada info yang tersilap. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...