25 August 2011

Sakit gigi T_T


Gigi bongsu dah tumbuh beberapa bulan lepas tapi masa tu berlagak, tak sakit pun. Padan muka kau, Cik D. Hoho. Dah nak habis puasa ni baru sakit datang. Seksa wo. Nak makan pun takde selera. Buka puasa makan yong tau fu dengan sup je. Tu pun terkial-kial mengunyahnya. Bayangkan lah,  mulut tertutup tak bercakap pun dah sakit. Buka puasa semalam memang syahdu, meleleh air mata. 




Dalam kesyahduan, Abah berkata, "Pegi klinik gigi la". 


!

!!

!!!

Tidak!!!

Saye takut dokter gigi!!!


Air mate mengalir bertambah laju. Aih, takleh benti pulak. Ok, melampau kan. Cik D tak pernah cabut gigi dengan doktor pun. Semua sendiri cabut je. Kalau nanti kena cabut gigi macam mana? Ummi.... Takut....




Banyak dah orang cerita, kena cabut gigi sebab gigi bongsu tak cukup ruang nak tumbuh. Siap kena jahit lagi. Seriau lah. Tolong oh oh.. Buatnya doktor tu garang. Lagi la Cik D takut. Last appointment dengan doktor gigi Cik D cancel sebab masa tu kena bentang proposal pulak. Lega jugak sebenarnya walaupun just nak scaling. Hadoi.


Macam mana ye?


Sengih Cik D: Adoi, sakit la nak sengih :(


05 August 2011

Bacela buku agame!

Cik D mula bosan. Sekarang dah habis praktikal & mula bulan puasa. Oh, takutnya nak cari kerja, interview dan bekerja! Kecut perut. Ingat nak rehat puas-puas bulan puasa ni. Tapi, takut pula peluang pekerjaan diambil orang. Hais, dilema sungguh.

Kebosanan Cik D mula diisi dengan crochet. Padahal masa Cik S sibuk promosi benda tu Cik D buat tak tau je. Haha.. Bila bosan lagi, Cik D main game Cindy's Sundae. Sebelum ni yeye je cakap game tu tak best. Ish ish..

Suatu hari, kakak Cik D memberitahu, “Shin Chan dah jadi besarrrr. Pastu dia dah kahwinnnn....” Apa kejadah akak aku ni, fikir Cik D. “Betul, tak caye tengok la. Kreko.” Cik D pun masuk bilik adik lelaki Cik D. Kira curi-curi baca la jugak ni. Haha.

Sedang membelek-belek Kreko tersebut, Ummi mengintai di pintu seraya berkata, “Bace tu wat ape. Bacela buku agame!” Ukh ukh ukh. Rajinkah Cik D mahu membaca buku agama?



Cik D teringin jugak nak baca buku-buku dalam almari tu. Tapi segan lah pulak tiba-tiba buang tebiat. Kih kih. Dulu masa kecik pelik jugak tengok buku-buku tu. Dah la tebal, isi boring, tak ada ilustrasi. Kenapa nak simpan lagi walaupun tak ada orang nak baca? Ada buku yang dah koyak sana sini pun disimpan lagi. Teruknya pemikiran masa kecik.

Ummi pernah cerita dulu Ummi dengan Abah selalu bertukar-tukar hadiah buku. Ololo. So sweet. Patutlah Cik D terikut jejak langkah mereka. Hik hik. Tapi memang padanlah zaman dulu tak ada jaringan internet. Kalau nak belajar sesuatu, bukulah yang menjadi rujukan. Patutlah berlambak buku dalam almari tu. Sekarang, klik Google je. Semua benda boleh dipelajari. Kan kan..

Sengih Cik D: Konon nak baca, tup tap tup tap kang sampai raya tak baca-baca. Hik hik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...