Tiada orang yang tidak pernah merasa gagal. Eh. Tiada orang berakal yang tidak pernah merasa gagal. Ini kerana Allah SWT memberikan ujian untuk menguji keimanan hambaNya. Baru-baru ini seorang sahabat mengadu tentang kegagalannya dalam pekerjaan. Kemudian, terlintas kata-kata ini untuk memberikan semangat. Oleh sebab kita adalah hambaNya yang lemah lagi tidak berdaya, kita hendaklah menggunakan kesempatan ini untuk memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah SWT. Salah satu caranya adalah dengan mengucap La Haula Wala Quwwata Illa Billah dengan penuh rasa kerbergantungan dan penyerahan diri kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Semoga wallpaper ini bermanfaat kepada semua orang yang sedang merasa putus asa atas kegagalannya termasuklah diri aku sendiri.
hidup bukan hanya sekali. hidup di dunia adalah untuk hidup di akhirat yang kekal abadi
06 March 2014
03 March 2014
Doa Iftitah
Wallpaper ini sengaja diwarna-warnikan seperti kanak-kanak riang supaya lebih mudah mengingati makna. Khas untuk orang yang tak berapa pandai bahasa arab. Uhuk-uhuk.
Semoga mendapat kekhusyukan solat setelah memahami makna.
28 February 2014
Sebenar-benar tawakal
Pagi tadi duk membelek koleksi gambar dan terjumpa gambar burung yang tengah berjalan-jalan ni. Dapat la tepek satu hadis berkaitan mencari rezeki. Lain kali kalau tengok burung boleh la ingat hadis ni, hopefully. Tapi dalam nak bertawakal, mesti usaha dulu. Kalau usaha menemui kegagalan, boleh la muhasabah diri. Kot-kot kita ada buat dosa yang menghalang pertolongan Allah. Sob2..
Subscribe to:
Posts (Atom)