21 September 2010

Tahi lalat

Benda ni ada kat badan manusia. Warnanya hitam kadang-kadang coklat. 
Dengan pertuturan yang pelat, aku bertanya, "Ya Ummi, apa benda ni?"
Ummi menjawab, "Tahi lalat."
"Cakaplah betul-betul. Apa ni ummi?"
Ummi menjawab, "Tahi lalat."
Tidak puas hati aku berkata, "Takkan tahi lalat..."
Terkedek-kedek, aku menuju ke arah Abi. "Ya Abi, ni apa?"
Abi menjawab, "Tahi lalat."

Konsep : Lalat membuang hadas besar di atas badan manusia.

Balik ke kampung, sanak saudara berhimpun di rumah Tok. Sepupu-sepapat membuat persidangan, 
"Awak ada tahi lalat kat lengan. Nanti besar jadi cikgu."
"Awak ada tahi lalat kat kepala. Mesti pandai."
"Awak ada tahi lalat kat kaki. Kuat berlari ni."
"Awak ada tahi lalat kat mulut. Banyak cakap."
"Awak ada tahi lalat kat muka. Nanti besar cantik cam Siti Nurhaliza."

Konsep : Encik Lalat, sila buang najis awak kat tangan saya sebab saya nak jadi cikgu macam Abi.

Sewaktu persekolahan, ilmu tentang tahi lalat semakin banyak. Pelbagai rahsia tahi lalat terbongkar. Semuanya datang dengan pelbagai versi mengikut loghat negeri masing-masing. 
"Tahi lalat yang hidup kalau ia timbul dan warnanya gelap. Kadang-kadang boleh tumbuh bulu roma. Tahi lalat hidup akan membesar dan membesar. Tahi lalat yang mati kalau ia rata dan warnanya kecoklatan."

Konsep : Tahi lalat boleh dibuang sekiranya membahayakan.

Aku pernah menyoal beberapa orang rakan. 
"Tahi lalat tu ada sebab apa ye? Memang kerja lalat ke?"
Tiada sesiapa pun yang dapat jawab soalan aku. Malah ada yang menjawab, "Betul kot lalat yang berak masa kita kecik-kecik dulu."

*****

Kisah tahi lalat I
Pada suatu malam, Along melihat ke cermin dan mendapati keanehan di lehernya.
Along : Angah, along ada tahi lalat baru.
Angah : Beda'ah (Tipu) la along ni.
Along : Betul ngah. Cuba tengok.
Angah : Ke memang dah lama ada. Along baru perasan kot.
Along : Ya Allah, betul. Mane pernah ada tahi lalat kat leher selama 10 tahun hidup ni.
Angah : Entah. Lalat baru berak kat situ la tu.
Along pergi memberitahu berita penting itu kepada Ummi.
Along : Ummi, along ada tahi lalat baaaruuu (nada bangga). Cuba ummi tengok.
Ummi : Eh, ni bukan tahi lalat ni long. Kutu babi ni!


Kisah tahi lalat II
Di dalam sick-bay, aku membaringkan diri sambil melukis kartun di atas sekeping kertas lukisan berwarna putih. Sambil memuji-muji betapa indahnya nukilanku, seekor lalat tanpa segan silu terbang dan membuat pendaratan terbaik di atas kertas lukisanku. Aku diam. Begitu juga lalat itu.

Tiba-tiba, lalat itu mengeluarkan sesuatu dari belakang punggungnya. Lalu ia kembali meneruskan penerbangannya. Apakah benda itu? Inikah yang dikatakan tahi lalat? Aku menilik dengan bersungguh-sungguh. Warnanya coklat kehitam-hitaman. 

Kebetulan, seorang rakan datang menziarahi aku yang sedang sakit.

Rakan : Kau buat apa tu?
Tanpa menjawab soalannya, aku memanggil beliau untuk sama-sama melihat tahi lalat itu.
Aku : Benda apa ni ye? Tadi...
Belum sempat aku menghabiskan ayat, beliau terus mengusik najis itu maka putih bersih kembali kertas lukisanku.
Aku : Weh, yang kau sentuh kenapa? Aku nak kau tengok je. Aku nampak lalat tu berak kat situ tadi.
Rakan : Urgh!!!!

*****

Aku sangat musykil mana asal usul tahi lalat. Rasanya masa baby mana ada tahi lalat. Suci je. Aku sangat tak berpuas hati bila orang cakap tahi lalat tu ada sebab lalat yang berak.

Kau memang suka berak eh lalat?

Tahi lalat yang dipanggil mole oleh orang putih sebenarnya adalah kumpulan sel yang dinamakan melanocytes. Bila melanocytes ni membentuk kluster (kelompok), maka terzahirlah tahi lalat seperti yang kita dapat perhatikan dengan mata kasar. 
 Rujukan selanjutnya : http://www.wisegeek.com

Tahi lalat je cun. Tapi aku tak suka rambut karat kau.

Bila difikirkan, agaknya orang zaman dulu pernah nampak tahi lalat yang dibuang oleh lalat. Oleh kerana warna dan struktur yang sama, maka orang Melayu atau yang serumpun dengannya memanggil benda hitam pada anggota badan itu tahi lalat. Mungkin tak? Heheh.

Sengih Cik D : Artikel ini adalah hakcipta Cik D. Tukar angin guna kata nama aku kau pulak. Ngee~

20 September 2010

Lebuh tak Raya

Salam Syawal... Ish3. Blog Cik D ni dah berhabuk lama tak update. Kalau ikutkan tangan ni memang gatal nak menaip tapi banyak perkara menimpa Cik D sejak akhir-akhir ni. Cik D bukan banyak masa free pun sekarang, tapi semangat membuak-buak nak update blog sebelum mula buat assignment. Hehhe. Semalam Cik D selamat sampai ke kampus dengan semangat tak sabar nak buat assignment. Masa cuti nak buat assignment memang satu dugaan besar kan. Tapi bila teringatkan perjalanan semalam memang buat perasaan Cik D bercampur baur. Pagi-pagi lagi abah dah hantar Cik D ke terminal. Bas yang nak dinaiki bertolak 10.30 pagi tapi Cik D dah ada kat situ pukul 9 pagi. Semangat Cik D takut tertinggal bas. Haha. Sampai je terus Cik D cari tempat duduk. Mau lenguh satu badan nanti kalau nak berdiri sampai 10.30. Bas yang bertolak pukul 9 dah sedia nak bergerak. Ramai ahli keluarga berkerumun kat platform melambai-lambai orang tersayang dalam bas. Ai.. Jelesnya sebab takde orang nak lambai Cik D pergi kali ni. Iklan semasa : Hembus mukus seketika. Kah2. Dalam bas, Cik D dapat seat depan sekali. Eheh, belakang driver bas okeh. Cik D ade lesen basikal je. Hik2. Maka, Cik D boleh nampak jalanraya dan lebuhraya di hadapan. Cik D geram sungguh dengan sikap manusia yang tak fikirkan keselamatan jalan raya. Semalam Cik D nampak ada seorang penunggang motorsikal bawak motor sambil berdiri. Tak faham betul apa yang dia nak cuba buktikan. Apa kejadahnya nak menunggang secara berbahaya kat lebuhraya? Satu lagi yang Cik D nampak, pun kes penunggang motorsikal. Dua orang penunggang ni, boleh pulak berborak sebelah menyebelah. Ai...
baring atas motor kes kat rumah takde katil
Begitupun, nampaknya OPS Sikap berjaya kurangkan kadar kemalangan di musim perayaan tahun ni tapi masih boleh dibaiki. Tahniah. Apa pun, ajal maut di tangan Allah S.W.T. Kita, sebagai hamba yang hina dina ni berdoalah kepadaNya agar tidak menemui ajal dalam keadaan yang tidak sempurna anggota. Minta dijauhkan.. Mintak-mintak la Cik D dapat memandu dengan berhemah bila dah dapat lesen kereta nanti. Tapi nak bawak motor no no no kot. Cikgu memandu pesan, "Perempuan tak payah la ambik lesen motor. Saya takut tengok perempuan bawak motor. Macam boleh terbang." Hoho. Takpe cikgu, saya bawak area rumah je, tolong pergi kedai. Hehe.. Sengih Cik D : Ingat nak letak gambar-gambar kemalangan tapi Cik D pulak yang seram. Ngeri sangat. Sebab tu tak boleh jadi doktor. Hehhe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...