baring atas motor kes kat rumah takde katil |
hidup bukan hanya sekali. hidup di dunia adalah untuk hidup di akhirat yang kekal abadi
20 September 2010
Lebuh tak Raya
Salam Syawal...
Ish3. Blog Cik D ni dah berhabuk lama tak update. Kalau ikutkan tangan ni memang gatal nak menaip tapi banyak perkara menimpa Cik D sejak akhir-akhir ni. Cik D bukan banyak masa free pun sekarang, tapi semangat membuak-buak nak update blog sebelum mula buat assignment. Hehhe.
Semalam Cik D selamat sampai ke kampus dengan semangat tak sabar nak buat assignment. Masa cuti nak buat assignment memang satu dugaan besar kan. Tapi bila teringatkan perjalanan semalam memang buat perasaan Cik D bercampur baur.
Pagi-pagi lagi abah dah hantar Cik D ke terminal. Bas yang nak dinaiki bertolak 10.30 pagi tapi Cik D dah ada kat situ pukul 9 pagi. Semangat Cik D takut tertinggal bas. Haha. Sampai je terus Cik D cari tempat duduk. Mau lenguh satu badan nanti kalau nak berdiri sampai 10.30. Bas yang bertolak pukul 9 dah sedia nak bergerak. Ramai ahli keluarga berkerumun kat platform melambai-lambai orang tersayang dalam bas. Ai.. Jelesnya sebab takde orang nak lambai Cik D pergi kali ni.
Iklan semasa : Hembus mukus seketika. Kah2.
Dalam bas, Cik D dapat seat depan sekali. Eheh, belakang driver bas okeh. Cik D ade lesen basikal je. Hik2. Maka, Cik D boleh nampak jalanraya dan lebuhraya di hadapan.
Cik D geram sungguh dengan sikap manusia yang tak fikirkan keselamatan jalan raya. Semalam Cik D nampak ada seorang penunggang motorsikal bawak motor sambil berdiri. Tak faham betul apa yang dia nak cuba buktikan. Apa kejadahnya nak menunggang secara berbahaya kat lebuhraya? Satu lagi yang Cik D nampak, pun kes penunggang motorsikal. Dua orang penunggang ni, boleh pulak berborak sebelah menyebelah. Ai...
Begitupun, nampaknya OPS Sikap berjaya kurangkan kadar kemalangan di musim perayaan tahun ni tapi masih boleh dibaiki. Tahniah. Apa pun, ajal maut di tangan Allah S.W.T. Kita, sebagai hamba yang hina dina ni berdoalah kepadaNya agar tidak menemui ajal dalam keadaan yang tidak sempurna anggota. Minta dijauhkan..
Mintak-mintak la Cik D dapat memandu dengan berhemah bila dah dapat lesen kereta nanti. Tapi nak bawak motor no no no kot. Cikgu memandu pesan, "Perempuan tak payah la ambik lesen motor. Saya takut tengok perempuan bawak motor. Macam boleh terbang." Hoho. Takpe cikgu, saya bawak area rumah je, tolong pergi kedai. Hehe..
Sengih Cik D : Ingat nak letak gambar-gambar kemalangan tapi Cik D pulak yang seram. Ngeri sangat. Sebab tu tak boleh jadi doktor. Hehhe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment