Hehe.. Cik D tengah seronok belajar bahasa korea ni. Kawan Cik D yang ajar. Senang jugak huruf konsonan & vowel dia tapi jadi rumit bila kita cuba tulis satu perkataan korea.
Ok, bukan kisah kerumitan belajar bahasa korea yang Cik D maksudkan dengan 'I'm Not Simple'. Dan bukanlah juga Cik D tersilap dengan tajuk cerita 'I'm Not Single' tu. Hehe..
Suatu hari, ada seorang lelaki bukak chat box dengan Cik D. Dia tanya, "Betul ke awak ni simple?"
. . .
Sampai terdiam Cik D. Soalan yang mudah je kan. Tapi membuatkan Cik D berfikir panjang, 'A'ah kan. Aku ni betul ke simple?' Lucu pulak bila difikirkan. Hahaha.. (Cik D tak jawab pun soalan dia. Hihik.)
Maka setelah difikirkan berkali-kali, Cik D rasa Cik D ni bukanlah seorang yang simple. Maksudnya, cerewet lah tu! Haha..
Memang betul Cik D cerewet dalam banyak perkara. Contohnya, bila membuat tugasan. Cik D selalu nak siapkan tugasan sampai almost perfect. Ada je tak puas hati, Cik D edit lagi. Edit lagi. Dan lagi. Namun begitu, Cik D suka buat kerja last minute, tapi nak perfect, mengada sungguh. Hahaha..
Lagipun, Cik D suka bergaya. Cuma tak lah bergaya macam artis. Menghampiri gaya artis pun takde. Haha.. Al-maklumlah sekarang fesyen tudung semakin maju. Cik D je yang tak sempat nak kejar. Hikhik. Pernah haritu, Cik D pakai seluar besar & t-shirt besar yang menggelebeh pergi kerja. Balik kerja, singgah di bandar. Bila berjalan je dalam kompleks besar tu, Cik D rasa malu & tak selesa. Cik D rasa seperti dipandang selekeh.
Bab makanan pun agak cerewet. Masa kecik dulu Cik D tak cerewet mana pun. Agaknya bila dah besar ni dah tau nak jaga body kut. Hehe.. Sekarang, makan pun nak memilih-milih.
Berdasarkan perkara di atas, terbuktilah bahawa 'I'm Not Simple'. Hehe.. Sekian..
Sengih Cik D: Kadang-kadang cerewet pun berguna =)
No comments:
Post a Comment