22 November 2011

Hobi Baru

Salam ceria!

Bukan main happy Cik D hari ni, asyik nak conteng blog je kan. Pengganggur kehormat memang macam ni. Haha..


Nak berlagak sikit lah kali ni. Boleh? – Boleh aje... (Sendiri jawab. Heh..)



Chocolate Moist | masa belum habis u

Chilled Oreo Cheesecake | masa praktikal

Coklat Huruf Hijau | sebelum konvo

Coklat Ros Pink Putih | setelah konvo

Cik D la buat semua ni... Dengan akak Cik D. Hahaha.. Syiok la masak-masak ni. Paling best bile orang duk puji sedap. Bertambah saiz lubang hidung. Keh3. Kitorang buat biskut coklat cip jugak tapi lupa nak ambil gambar. Minggu lepas Cik D buat Kek Marjerin, lupe jugak nak bergambar, dah habis famili Cik D ngap. Lain kali aje lah..


Kalau nampak cacat cela tu biasalah, bukan pakar. Haha..


Sengih Cik D: Nak bukak kedai boleh? Sape nak sponsor modal? =P

Soalan Cepumas Ketua HEA

Ok sebenarnya Cik D agak samar-samar dengan penanya soalan. Sama ada beliau atau pengetua sekolah. Tapi, Cik D lebih memilih Ketua HEA kerana terbayang suaranya yang bertanya soalan itu. Yang penting, penanya soalan adalah seorang lelaki pihak atasan sekolah, bukan guru biasa.

Ketika itu perhimpunan sekolah, hari Isnin. Di tengah ucapan beliau, soalan ini muncul:

Siapa yang tak pernah melakukan vandalisme? Angkat tangan.

Seingat Cik D sangat ramai yang mengangkat tangan ataupun mungkin semua kut.

Beliau bertanya lagi:

Kamu yakin, kamu tak pernah melakukan vandalisme??

Tangan yang diangkat tidak berubah. (Mengikut pandangan ke hadapan, sebab tak tau orang belakang turunkan tangan ke tak. Haha)

Kali ini beliau menukar ayatnya dengan menggantikan satu contoh:

Siapa tidak pernah merosakkan barang-barang sekolah?

Keadaan pelajar masih sama.

Soalan terakhir ini mengandungi contoh yang spesifik. Itulah soalan cepumas beliau:

Baiklah. Siapa tak pernah conteng meja?

............

.......

...

Semua orang menurunkan tangan termasuklah.....Cik D. Kuang kuang kuang...

Menyedari hakikat semua pelajarnya menconteng meja, beliau terkelu seketika. Kemudian, beliau mengarahkan agar kami memadam semua contengan yang ada di atas meja walaupun bukan diconteng sendiri. Guru-guru pula diarahkan memantau kami. Marah sungguh beliau pada hari itu.

Wah haha, nampaknya semua pelajar sekolah Cik D pernah menconteng meja. Tak kiralah pelajar cemerlang ataupun tidak. Mungkinkah ada pelajar yang tidak pernah menconteng meja, tetapi malu untuk mengaku baik? Hehe.. 

Sebenarnya Cik D tak berapa ingat susunan ayat soalan beliau, tetapi lebih kurang lah. Memori zaman sekolah dah tak berapa nak ingat sebab tak ada alumni sekolah terdekat nak tolong ungkitkan atau bagi ingatan Cik D ni clear. Haha..

Erm.. Tak jumpa la meja sekolah yang diconteng kat encik gugel ...

Sengih Cik D: Orang duk sibuk cakap pasal bola, Cik D duk teringat kisah sekolah. Haha.. Congrats HARIMAU MALAYA! Aumm!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...