22 November 2011

Soalan Cepumas Ketua HEA

Ok sebenarnya Cik D agak samar-samar dengan penanya soalan. Sama ada beliau atau pengetua sekolah. Tapi, Cik D lebih memilih Ketua HEA kerana terbayang suaranya yang bertanya soalan itu. Yang penting, penanya soalan adalah seorang lelaki pihak atasan sekolah, bukan guru biasa.

Ketika itu perhimpunan sekolah, hari Isnin. Di tengah ucapan beliau, soalan ini muncul:

Siapa yang tak pernah melakukan vandalisme? Angkat tangan.

Seingat Cik D sangat ramai yang mengangkat tangan ataupun mungkin semua kut.

Beliau bertanya lagi:

Kamu yakin, kamu tak pernah melakukan vandalisme??

Tangan yang diangkat tidak berubah. (Mengikut pandangan ke hadapan, sebab tak tau orang belakang turunkan tangan ke tak. Haha)

Kali ini beliau menukar ayatnya dengan menggantikan satu contoh:

Siapa tidak pernah merosakkan barang-barang sekolah?

Keadaan pelajar masih sama.

Soalan terakhir ini mengandungi contoh yang spesifik. Itulah soalan cepumas beliau:

Baiklah. Siapa tak pernah conteng meja?

............

.......

...

Semua orang menurunkan tangan termasuklah.....Cik D. Kuang kuang kuang...

Menyedari hakikat semua pelajarnya menconteng meja, beliau terkelu seketika. Kemudian, beliau mengarahkan agar kami memadam semua contengan yang ada di atas meja walaupun bukan diconteng sendiri. Guru-guru pula diarahkan memantau kami. Marah sungguh beliau pada hari itu.

Wah haha, nampaknya semua pelajar sekolah Cik D pernah menconteng meja. Tak kiralah pelajar cemerlang ataupun tidak. Mungkinkah ada pelajar yang tidak pernah menconteng meja, tetapi malu untuk mengaku baik? Hehe.. 

Sebenarnya Cik D tak berapa ingat susunan ayat soalan beliau, tetapi lebih kurang lah. Memori zaman sekolah dah tak berapa nak ingat sebab tak ada alumni sekolah terdekat nak tolong ungkitkan atau bagi ingatan Cik D ni clear. Haha..

Erm.. Tak jumpa la meja sekolah yang diconteng kat encik gugel ...

Sengih Cik D: Orang duk sibuk cakap pasal bola, Cik D duk teringat kisah sekolah. Haha.. Congrats HARIMAU MALAYA! Aumm!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...