26 February 2013

Kuda Perang (Part 3)


Sambungan dari Kuda Perang (Part 2)

Apa pula mesej yang Allah sampaikan melalui surah Al-'Adiyat? Jom tengok tafsir ayat berikutnya. 

Ayat 6: Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur kepada Tuhannya 
Kanud: sangat tidak bersyukur

*Tiga ciri orang Kanud: 
  • makan seorang diri (orang lain tidak makan seperti yang dia makan)
  • tidak berbuat baik kepada hambanya (pekerja)
  • menyekat sesuatu kerana kepentingan diri
Ayat 7: Dan sesungguhnya ia(manusia) menyaksikan(mengakui) keingkarannya

Ayat 8: Dan sesungguhnya ia sangat melampau cintakan harta
Hub: suka yang berlebihan 

Allah berkata manusia amat tidak bersyukur malah manusia itu sendiri tahu yang dia tidak bersyukur. Boleh jadi juga maksud ayat 7 ini ialah perbuatan manusia yang tidak bersyukur itu yang menjadi saksi di Hari Kiamat nanti. Nauzu billahi min zalik.. 

Ayat 9: Maka tidakkah dia mengetahui apabila apa di dalam kubur dibongkarkan? 

Ayat 10: Dan didedahkan apa yang ada dalam dada? 

Allah memberi ancaman bahawa kubur akan dibongkarkan dan segala apa yang dipendam dalam dada dikeluarkan. Kata-kata (bahasa Arab) yang digunakan dalam ayat 9-10 adalah amat keras dan kasar yang mampu membuat perasaan bergoncang. (susah nak menghayati bila tak belajar bahasa Arab..) 

Ayat 11: Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka

Pengajaran 
1. Kita perlu mempersiapkan diri untuk berjuang fi sabilillah pada bila-bila masa. 
2. Ingat bahawa Allah tahu apa yang terdetik di hati kita. 
3. Sentiasa bertaubat kerana Allah suka orang yang bertaubat. 

*Info tambahan: Ada 2 surah yang berbentuk ancaman dari Allah SWT iaitu Surah Al-Zalzalah dan Surah Al-'Adiyat 

Inilah setakat perkongsian ilmu yang cik d dapat di Masjid Putra oleh Ustaz Umar (tak ingat nama penuh). Teguran diperlukan sekiranya ada info yang tersilap. Semoga bermanfaat.

25 February 2013

Kuda Perang (Part 2)

Alhamdulillah dapat juga kekuatan untuk menaip. Jom tengok tafsir ayat ke ayat. Maafla cik d kurang pandai bahasa arab. Ini antara yang cik d sempat salin dan fahamkan semula dengan merujuk beberapa tafsir quran. 

Ayat 1: Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan nafas kencang 
Dhobha: nafas kencang 

Ayat 2: Yang memercikkan api dari pukulan (tapak kakinya) 
Muriyat: percikan api yang kecil 
Qad-ha: pukulan tapak kaki kuda dengan batu 

Ayat 3: Dan yang menyerang tiba-tiba pada waktu Subuh 
Mughirat: mengubah keadaan 

Ayat 4: Sehingga menerbangkan debu 
Naq’a: debu 

Ayat 5: Dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh 
Wasatna: memecah/masuk 

Kuda Arab: besar & laju
Dapat bayangkan tak? Kuda dengan bunyi nafas kencang lari laju-laju kemudian tapak kakinya memercikkan api kerana bergeser dengan batu. Kuda tu meluru menyerbu dengan tiba-tiba pada waktu Subuh sehingga menerbangkan debu dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh yang menyebabkan kumpulan itu lari kucar-kacir. Gambaran yang menunjukkan betapa pantas dan tangkas mereka di dalam peperangan tersebut.

Bersambung..

18 February 2013

Kuda Perang (Part 1)

Sumber
Terdapat perbezaan pendapat sama ada surah ini diturunkan di Mekah atau Madinah. Kata sepakat lebih memihak kepada Mekah kerana ciri-ciri surah Makkiyah adalah ringkas, pendek dan umum di mana surah ini ditujukan kepada al insan, bukan al muslim.

Pakar sastera Al-Quran iaitu Sayyid Qutb berpendapat, rima surah ni kucar-kacir dan tak sedap didengar. Surah ini disifatkan sebagai tegas, pantas dan ganas kerana ianya berbentuk ancaman, teguran dan amaran dari Allah SWT. Tujuannya untuk menimbulkan rasa tidak selesa pada orang yang tidak beriman sebelumnya.

Bagi menghayati surah ini, korang kena bayangkan gambaran peristiwa. Riwayat oleh Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abbas mengatakan, Rasulullah SAW menghantar pasukan berkuda ke Kinanah, Mesir. Apabila sebulan berlalu tanpa khabar berita, orang munafik menyebarkan berita kematian mereka.

Lalu Allah menurunkan surah Al-‘Adiyat untuk memaklumkan kejayaan mereka. Lima ayat awal surah ini menunjukkan pasukan berkuda yang bergerak pantas. Pada ayat ke-enam dan berikutnya, Allah menyampaikan mesej kepada orang yang tidak beriman sebelumnya.

Perselisihan antara Ibnu Abbas dan Saidina Ali

Pada suatu hari, seorang pemuda bertanya kepada Ibnu Abbas tentang maksud Al-‘Adiyat. Ibnu Abbas menjawab kuda perang. Kemudian, pemuda itu pergi bertanya kepada Saidina Ali. Saidina Ali bertanya, “Adakah sesiapa yang kau tanya sebelumku?” Pemuda itu menjawab, “Aku telah bertanya pada Ibnu Abbas.” Lalu Saidina Ali menjawab, “Kuda perang.”

Saidina Ali berjumpa dengan Ibnu Abbas lalu memarahinya, “Kamu telah menipu pemuda itu. Al-‘Adiyat adalah unta yang pergi haji, bukan kuda perang.”

Apa yang kita boleh lihat di sini, Saidina Ali menjawab kuda perang kepada pemuda itu kerana telah mengetahui pendapat Ibnu Abbas. Ibnu Abbas juga tahu pendirian Saidina Ali yang mengatakan Al-‘Adiyat adalah unta yang pergi haji.

Said Hawwa telah menggabungkan pendapat mereka dengan mengatakan maksud Al-‘Adiyat adalah haiwan yang digunakan di jalan Allah. Tak kisahlah unta yang pergi haji atau kuda perang kerana kedua-duanya digunakan di jalan Allah. Pandangan yang paling kemas adalah pandangan Ibnu Abbas. Namun begitu, pandangan Saidina Ali juga mempunyai hujah yang kuat. Kalau bukak kitab tafsir, kita dapat lihat pandangan Ibnu Abbas kerana hanya sedikit kitab tafsir yang menggunakan pendapat Saidina Ali.

Sampai sini saja dulu yang cik d kongsikan. Meh tarik nafas dalam-dalam dulu. Part 2 nanti boleh tengok tafsir ayat.

Sengih cik d: hayati surah ni sehingga rasa takut pada Allah SWT.. no sengih-sengih.

14 February 2013

Comeback Cik D


Sumber

Pergh. Setahun berlalu.
Amboi cik d, takde salam tiba-tiba pergh. Kehkeh.

Assalamualaikum.. wbt..

Dah setahun berlalu, takkan takde cerita baru kot? Eh eh. Mestila ada. Blog syok sendiri memang macam ni. Hikhik.

Kelakar gila baca balik entri pada zaman dahulu...(nyanyi). Konon matang. Takpelah cik d, mujur kau tak hot. :P

Cik d rasa teruja ni. Rasa nak sharing sesuatu yang bermanfaat, insyaallah ---> next entry, okay!

Sengih Cik D: Sengih la!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...