Sejak akhir-akhir ni ramai saudara mara dan kawan-kawan yang memuji kekurusan Cik D. Bahagianya rasa sekarang. Haha.. Dulu, Cik D mengalami tekanan perasaan akibat segelintir mereka yang tak habis-habis menyakat kegemukan Cik D. (High self-inferiority + low self-esteem)
Kesnya, sejak Form 2 berat badan mula naik sedangkan ketinggian tidaklah naik mana. Oleh itu, BMI jadi tak seimbang. Maka, terbentuklah manusia gemuk pendek. Kah2.
Tekanan mula dirasai bila saudara mula menyakat. Teguran pun dah cukup pedih. Inikan disakat. Makan sikit kena perli, makan banyak kena kutuk. Camno? Meleleh air mata Syawal. Kui kui. Paling tertekan bila kawan-kawan turut sama menyakat. Badan macam tong lah, macam badak lah, macam-macam macam lagi lah.
Maka, bermulalah episod 'Aku Nak Diet!' Cuba punya cuba tak menjadi-jadi. Betul lah kut, tak konsisten. Kejap makan sikit, kejap makan banyak. Kononnya semalam dah makan sikit, hari ni boleh makan banyak. Kah2. Pagi-pagi makan 2 keping roti. Tapi, tau-tau je lah kan, asrama kan 6 kali makan tak termasuk lepas prep menggatal nak shopping kat koperasi pulak. Berjalan lah sejauh mana pun, berat tetap tak turun.
Suatu hari, Cik D dan roommate cabar antara satu sama lain iaitu bila keputusan SPM keluar nanti, masing-masing dah slim. Kononnya nak diet kat rumah lepas habis SPM sebab diet kat asrama tak berkesan. Keh2. Sampai hari kejadian, kami tak berjumpa tapi telah mesej awal-awal di mana masing-masing berat tak turun pun. Hampeh kan.
Kes kegemukan Cik D berterusan sampai matrikulasi hingga universiti. Perkataan kutukan telah menjadi lali tetapi hati mana tidak terasa. Mana saja pergi, pasti ada juga kutukan berlaku. Akhirnya, Cik D malas ambil kisah lagi. Peduli apa nak gemuk ke nak kurus ke.
Bila mula tak ambil kisah, tak perasan pun cara hidup ketika itu menyebabkan penurunan berat badan yang sukar dipercayai. Serius ni. Cik D turun 8kg! Sejak itu, tiap kali timbang maintain je (Tak timbang berat terbaru lagi ni). Sebelum ni nak nampak digit 4 memang susah. Main kat 50, 51, 52, 53. Sampai pernah berharap dapat 49kg pun jadilah. Tapi bukan 49kg yang Cik D dapat tapi 45kg. Terbeliak biji mata memandang alat timbang. Hahah.
Rahsianya?
Memang mudah sangat-sangat lah. Tapi tak ramai orang dapat tahan cara ni. Haha..
1. Minum air kosong tanpa ais lepas makan tengah hari/makan malam. Lagi bagus kalau minum air selepas beberapa minit atau jam. Dalam sehari tu, minumlah air kosong sebanyak mungkin.
2. Tak perlu makan banyak lepas pukul 8. Maknanya, di siang hari makan aje la tapi bukan melantak ye. Perlu diingatkan sarapan itu wajib.
2 cara je. Mudah je kan. Ala, Cik D yang tak tetap pendirian ni pun boleh buat. Kacang kuda je ni.
Berkemungkinan juga kekurusan Cik D berlaku kerana hampir tiada masa nak makan (Yeke? Haha). Bila dah masuk tahun 3 nak kena fokus final year project la pulak kan. Mungkin la.. =P
Sengih Cik D: Suka dah tak dipanggil gemuk lagi. Sengih sampai telinga =] SELAMAT HARI RAYA!