22 May 2013

Kau & Aku Hamba


Sumber
Aku menatap skrin itu
Jasadmu jelas di mataku
Kau memang cantik aku tak tipu
Buat orang kaku terpaku  

Hati hiba jiwa meronta
Gelisah aku tidak terkata
Tiada mampu tiada daya
Ingin diluah ditelan jua

Andaiku bisa soal bicara
Mahkota itu milik siapa
Tentu kau tahu kerna kita sama
Kau dan aku seorang hamba

Atas kasihku wahai sahabat
Sebelum terlambat mari bertaubat
Kalau panas dunia pun tak larat
Azab Allah hari itu lagi dahsyat

Usah berpaling andai terluka
Bukan niatku untuk menghina
Kerana aku jua pernah alpa
Hanyut dalam arus dunia

-cikd-

21 May 2013

Bila mengharap pada yang Maha Kuasa

Setahun yang lalu, aku dalam perjalanan ke hentian bas Puduraya untuk pulang ke Kuantan. Dah lama tak balik seorang diri, darah gemuruh pun datang. Entah kenapa berdebar semacam je dari pagi. Kronologi perjalanan aku: mula-mula kawan hantar ke KTM, lepastu naik KTM sampai BTS, lepastu naik LRT sampai Plaza Rakyat, lepastu naik bas, lepastu tunggu ayah datang ambik. Mudah je kan..

Dah sampai BTS, tiba-tiba kulihat ramai orang bersesak-sesak di LRT dengan anggota RELA mengawal keadaan. Apakah? Dalam keriuhan, aku mendengar perbualan beberapa orang. Rupanya LRT tergendala. Apa? LRT tergendala?

Dengan hati menggelabah, aku menyebut berulang-ulang kali,

Sumber
'La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil  'a ziim' 
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Menjadi kebiasaanku untuk mengucapkannya bila hati tidak tenang, tidak tenteram. Aku cuba mengawal diri supaya orang lain tak nampak aku ketakutan. Bahaya kalau dilihat orang yang berniat jahat.

Belum sempat aku bingung keseorangan tak tahu arah tujuan, seorang gadis lebih kurang sebaya aku menegur, "Kenapa ni eh?"

"LRT tergendala..," jawab aku kepasrahan.

"Alaaa... Camane nak gi Pudu ni.. Bas pukul 8....," adunya pada diri sendiri tetapi cukup kuat untuk aku dengar dan memberiku sinar harapan dengan mata blink blink berkaca-kaca. Sentap juga sebab bas aku pun pukul 8.

Lantas aku berkata, "Saya pun nak pegi Pudu ni. Bas pukul 8."

Kegembiraan turut terpancar di wajahnya. Dia pun berkata, " Waah, jom pergi sama-sama. Nasib baik la awak ada."

"Jom tanya pakcik tu nak naik bas Rapid kat mana," sambungnya.

Hati kecilku berkata, 'Aku lagi bernasib baik sebab kau ada...' Manakan tidak, nak tanya orang pun susah macam dalam mulut ada emas je.

Pakcik anggota RELA pun menunjukkan jalan. Kami bergegas ke tempat yang dimaksudkan, mencari-cari bas Rapid KL yang mahu menuju ke hentian Puduraya. Di belakang kami, seorang aunty berbangsa Cina pun nak pergi hentian Puduraya tapi kesian, tiket bas dia pukul 7 malam. Ketika tu dah pukul 6 lebih.

Setelah hampir pukul 7, pakcik driver bas pun berkata, "Hentian Puduraya turun sini!" Kami pun bergegas turun. Kami serius tak tahu ke mana nak menuju. Mujur kami nampak aunty Cina yang nak naik bas pukul 7 tu. Kami pun follow belakang dia. Aunty tu jalan laju takut terlepas bas. Tengah duk mengikut aunty tu, baru aku ingat sesuatu.

"Nama siapa ye? Tak tau nama pun dari tadi."

"Raifana. Panggil je Ana."

"Saya D."

"Eh, umur berapa ni?"

"22."

"Oooh, akak ke. Saya 21."

"Takpe-takpe. Takyah panggil akak."

Gembira betul aku dapat berkenalan dengan gadis super peramah ni. Dia menarik tangan aku supaya berjalan sama-sama. Macam dah kenal lama pulak.

Sampai di hentian Pudu, banyak lagi baki masa sebelum pukul 8. Kami makan bersama. Macam tak percaya  sebab first time makan dengan stranger. Macam-macam kami sembang. Dari hal biasa sampai hal hati dan perasaan. Haa, siap cerita masalah boyfriend dengan family dia lagi tu. Lepastu, kami solat jamak di surau. 

Jam hampir pukul 8 menandakan tibalah masa untuk kami berpisah. Dia nak pulang ke Perak. Platform kami bersebelahan pulak tu. Macam tau-tau aje. Sempat la kami bertukar nombor telefon. Mana la tau, ada apa-apa nanti kan?

Perjalanan balik ke Kuantan hari itu penuh dengan senyuman. Pengalaman ini amat manis kerana di saat aku terasa seperti hilang harapan, Allah mengirimkan Raifana untuk bersamaku. Sungguh, segala puji-pujian hanya buatMu ya Allah. Alhamdulillah.

Sengih Cik D: Balik kali kedua dan ketiga pun ditemani stranger. Ehem, pompuan okay :)

20 May 2013

Innallaha ma'ana. Bila sedih je?

Terketar-ketar aku untuk menaip entry ni.

Bangun pagi tadi, tengah-tengah mandi tiba-tiba terlintas ayat innallaha ma'ana di fikiran. Macam selalu je dengar tapi tak tau maksudnya. Aku pun membiarkan fikiran itu berlalu pergi.

Di office, bukak laptop, nampak note zikir harian. Hari ni hari Isnin. Zikir hari ni 'la haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim'. Maksudnya apa ye? Ada perkataan tiada daya...lagi apa ye? Nak confirm, aku pun google maksudnya. Baru tulis 'la' kat kotak search, keluar senarai auto search. La tahzan innallaha ma'ana. Sentap.

Innallaha ma'ana. 
Ayat yang terlintas di fikiran pagi tadi. La tahzan maksudnya jangan bersedih. Innallaha ma'ana apa ye..

Klik.

Sesungguhnya Allah bersama kita. 

Ya Allah.. Terus aku teringatkan peristiwa pagi tadi. Bagaimana dalam keadaan mamai itu boleh aku terlintas ayat innallaha ma'ana. Aku baca lagi sekali.

Sesungguhnya Allah bersama kita.

Menggigil dan meremang bulu romaku. Sungguh, Allah sentiasa bersama kita. Kita je yang selalu lupa Allah sentiasa bersama kita. Tak patut jika hanya ingat Allah itu ada bila kita bersedih. Bila gembira? Bila bergelak tawa? Bila senang? Bila mengumpat? Bila buat dosa? Ingat ke?

Muhasabah diri.

Innallaha ma'ana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...