21 May 2013

Bila mengharap pada yang Maha Kuasa

Setahun yang lalu, aku dalam perjalanan ke hentian bas Puduraya untuk pulang ke Kuantan. Dah lama tak balik seorang diri, darah gemuruh pun datang. Entah kenapa berdebar semacam je dari pagi. Kronologi perjalanan aku: mula-mula kawan hantar ke KTM, lepastu naik KTM sampai BTS, lepastu naik LRT sampai Plaza Rakyat, lepastu naik bas, lepastu tunggu ayah datang ambik. Mudah je kan..

Dah sampai BTS, tiba-tiba kulihat ramai orang bersesak-sesak di LRT dengan anggota RELA mengawal keadaan. Apakah? Dalam keriuhan, aku mendengar perbualan beberapa orang. Rupanya LRT tergendala. Apa? LRT tergendala?

Dengan hati menggelabah, aku menyebut berulang-ulang kali,

Sumber
'La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil  'a ziim' 
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Menjadi kebiasaanku untuk mengucapkannya bila hati tidak tenang, tidak tenteram. Aku cuba mengawal diri supaya orang lain tak nampak aku ketakutan. Bahaya kalau dilihat orang yang berniat jahat.

Belum sempat aku bingung keseorangan tak tahu arah tujuan, seorang gadis lebih kurang sebaya aku menegur, "Kenapa ni eh?"

"LRT tergendala..," jawab aku kepasrahan.

"Alaaa... Camane nak gi Pudu ni.. Bas pukul 8....," adunya pada diri sendiri tetapi cukup kuat untuk aku dengar dan memberiku sinar harapan dengan mata blink blink berkaca-kaca. Sentap juga sebab bas aku pun pukul 8.

Lantas aku berkata, "Saya pun nak pegi Pudu ni. Bas pukul 8."

Kegembiraan turut terpancar di wajahnya. Dia pun berkata, " Waah, jom pergi sama-sama. Nasib baik la awak ada."

"Jom tanya pakcik tu nak naik bas Rapid kat mana," sambungnya.

Hati kecilku berkata, 'Aku lagi bernasib baik sebab kau ada...' Manakan tidak, nak tanya orang pun susah macam dalam mulut ada emas je.

Pakcik anggota RELA pun menunjukkan jalan. Kami bergegas ke tempat yang dimaksudkan, mencari-cari bas Rapid KL yang mahu menuju ke hentian Puduraya. Di belakang kami, seorang aunty berbangsa Cina pun nak pergi hentian Puduraya tapi kesian, tiket bas dia pukul 7 malam. Ketika tu dah pukul 6 lebih.

Setelah hampir pukul 7, pakcik driver bas pun berkata, "Hentian Puduraya turun sini!" Kami pun bergegas turun. Kami serius tak tahu ke mana nak menuju. Mujur kami nampak aunty Cina yang nak naik bas pukul 7 tu. Kami pun follow belakang dia. Aunty tu jalan laju takut terlepas bas. Tengah duk mengikut aunty tu, baru aku ingat sesuatu.

"Nama siapa ye? Tak tau nama pun dari tadi."

"Raifana. Panggil je Ana."

"Saya D."

"Eh, umur berapa ni?"

"22."

"Oooh, akak ke. Saya 21."

"Takpe-takpe. Takyah panggil akak."

Gembira betul aku dapat berkenalan dengan gadis super peramah ni. Dia menarik tangan aku supaya berjalan sama-sama. Macam dah kenal lama pulak.

Sampai di hentian Pudu, banyak lagi baki masa sebelum pukul 8. Kami makan bersama. Macam tak percaya  sebab first time makan dengan stranger. Macam-macam kami sembang. Dari hal biasa sampai hal hati dan perasaan. Haa, siap cerita masalah boyfriend dengan family dia lagi tu. Lepastu, kami solat jamak di surau. 

Jam hampir pukul 8 menandakan tibalah masa untuk kami berpisah. Dia nak pulang ke Perak. Platform kami bersebelahan pulak tu. Macam tau-tau aje. Sempat la kami bertukar nombor telefon. Mana la tau, ada apa-apa nanti kan?

Perjalanan balik ke Kuantan hari itu penuh dengan senyuman. Pengalaman ini amat manis kerana di saat aku terasa seperti hilang harapan, Allah mengirimkan Raifana untuk bersamaku. Sungguh, segala puji-pujian hanya buatMu ya Allah. Alhamdulillah.

Sengih Cik D: Balik kali kedua dan ketiga pun ditemani stranger. Ehem, pompuan okay :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...