27 December 2013

4 perkara sebelum tidur


Jenuh jugak nak siapkan wallpaper kali ni. Alhamdulillah, siap jugak.

Sengih Cik D: I'm so addicted to this new hobby. Ohoh.

24 December 2013

Hobi baru lagi

Second wallpaper using my own picture. Mari menghafal dengan kreatif! :)


23 December 2013

Islamic Wallpaper


Percubaan pertama sementara menunggu sampel dalam ketuhar. Moga bermanfaat. :)

Kredit: Google

21 November 2013

Menangisi dosa

Sumber
Ya Allah, ampuniku atas dosaku. 
Berilah petunjukMu walaupun aku ini hina lagi sering berdosa.
Semoga Engkau menjaga hati-hati kami agar tetap mengingatiMu, ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami kepada agamaMu.

Haikal - Epilog Silam

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan, beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan, dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan, ada yang dapat ku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan, dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak ku tepati
Tuhan, rahmatMu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersyukur

Kini ku kembali padaMu
Mengharap maghfirah dariMu
Moga kan terampunlah dosa-dosaku

Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih padaMu
Kerna ku yakin kasihMu
Kekal tiada sudahnya

18 July 2013

Magic around me

Sumber
Aku suka sangat tengok orang pakai tudung labuh. Tudung labuh yang licin punya. Ada orang panggil tuduh labuh bulat. Ala, yang budak sekolah agama pakai tu. Nampak tenang je. Sejuk je mata memandang. Rasanya semua orang pun suka tengok kan?

Satu hari, aku pergi berkhidmat kepada negara. Chewah. Kisahnya, aku baru tahu aku berkawan rapat dengan budak tudung labuh setelah berminggu-minggu dalam kem. Kem kan ada pakaian seragam. So, masa aktiviti bebas barulah aku tau mereka tu bertudung labuh. Terkujat? Oh, semestinya. Sampai naik segan. Mujurlah mereka pandai buatkan aku tidak kekok bersama. 

Satu hari, mereka merancang nak bangun qiam. Aku serius teruja sebab aku memang memasang cita-cita nak qiam kat kem. Aku baru berjinak-jinak dengan qiam sebelum masuk kem. Tak sangka pulak ada geng nak qiam sama-sama. Walaupun keesokan harinya kitorang ditegur sebab qiam senyap-senyap tanpa pengetahuan ustaz, tapi aku tetap happy.

Aku mula belajar banyak perkara. Oh seriusli, benda-benda ni aku dah belajar dulu kot. Tapi apasal sekarang baru nak betul-betul hayati. Haih. Sedikit demi sedikit, hati mulai berubah. Aku dapat rasa perubahan itu. Jahilnya aku. Ya, jahil bila aku baru sedar kepentingan ilmu agama. Sedikit-sedikit, aku cuba ingati semula fardhu ain yang aku belajar dulu.

Selepas tamat kem, aku mulai bekerja di agensi kerajaan. Magic once again happen when I got an officemate, not just ordinary person but I can say very superb person. Ohh this is it. Guess what? Wanita ini juga bertudung labuh! Yang paling special, wanita ini sangat banyak ilmunya, ibarat kamus kehidupan yang bergerak. Seriusli. You ask, and you get an answer and sometimes, many answers for just one question!

When I say ‘this is it’, it is when I started to wear hand socks and socks everyday. Ahup, every single day. Thanks to this cute lady, I can easily done it. Memang betul, kita kena berkawan dengan orang baik-baik untuk jadi baik. Kita perlukan sokongan untuk terus istiqamah. Walaupun kadang-kadang terlupa nak pakai sebab terlambat siap. Nama pun ter kan. Ehew.

Alhamdulillah, aku dikelilingi orang-orang yang membantu aku untuk berubah menjadi lebih baik. Apabila aku mendapat rumah sewa, roomate sentiasa mengajak aku ke program-program Islamik seperti seminar, ceramah dan sebagainya. Ramadhan tahun itu pun menjadi yang paling bermakna buat aku. I can feel what they call ‘ruh Ramadhan’. (Hoping this year will be better)

And poof! I am magically transformed from a girl into a muslimah. And I know this magic things that happened around me is one of many gifts from Allah. If any of you read this story, I hope you will continue pray and pray for this magic to happen in your life too. Minta pada Allah supaya diberikan sahabat yang sentiasa mengajak kepada kebaikan, yang mengajak untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau ya Allah.

Sengih Cik D: Ramadhan dah minggu kedua. Naikkan gear, vroom laju-laju!

22 May 2013

Kau & Aku Hamba


Sumber
Aku menatap skrin itu
Jasadmu jelas di mataku
Kau memang cantik aku tak tipu
Buat orang kaku terpaku  

Hati hiba jiwa meronta
Gelisah aku tidak terkata
Tiada mampu tiada daya
Ingin diluah ditelan jua

Andaiku bisa soal bicara
Mahkota itu milik siapa
Tentu kau tahu kerna kita sama
Kau dan aku seorang hamba

Atas kasihku wahai sahabat
Sebelum terlambat mari bertaubat
Kalau panas dunia pun tak larat
Azab Allah hari itu lagi dahsyat

Usah berpaling andai terluka
Bukan niatku untuk menghina
Kerana aku jua pernah alpa
Hanyut dalam arus dunia

-cikd-

21 May 2013

Bila mengharap pada yang Maha Kuasa

Setahun yang lalu, aku dalam perjalanan ke hentian bas Puduraya untuk pulang ke Kuantan. Dah lama tak balik seorang diri, darah gemuruh pun datang. Entah kenapa berdebar semacam je dari pagi. Kronologi perjalanan aku: mula-mula kawan hantar ke KTM, lepastu naik KTM sampai BTS, lepastu naik LRT sampai Plaza Rakyat, lepastu naik bas, lepastu tunggu ayah datang ambik. Mudah je kan..

Dah sampai BTS, tiba-tiba kulihat ramai orang bersesak-sesak di LRT dengan anggota RELA mengawal keadaan. Apakah? Dalam keriuhan, aku mendengar perbualan beberapa orang. Rupanya LRT tergendala. Apa? LRT tergendala?

Dengan hati menggelabah, aku menyebut berulang-ulang kali,

Sumber
'La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil  'a ziim' 
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Menjadi kebiasaanku untuk mengucapkannya bila hati tidak tenang, tidak tenteram. Aku cuba mengawal diri supaya orang lain tak nampak aku ketakutan. Bahaya kalau dilihat orang yang berniat jahat.

Belum sempat aku bingung keseorangan tak tahu arah tujuan, seorang gadis lebih kurang sebaya aku menegur, "Kenapa ni eh?"

"LRT tergendala..," jawab aku kepasrahan.

"Alaaa... Camane nak gi Pudu ni.. Bas pukul 8....," adunya pada diri sendiri tetapi cukup kuat untuk aku dengar dan memberiku sinar harapan dengan mata blink blink berkaca-kaca. Sentap juga sebab bas aku pun pukul 8.

Lantas aku berkata, "Saya pun nak pegi Pudu ni. Bas pukul 8."

Kegembiraan turut terpancar di wajahnya. Dia pun berkata, " Waah, jom pergi sama-sama. Nasib baik la awak ada."

"Jom tanya pakcik tu nak naik bas Rapid kat mana," sambungnya.

Hati kecilku berkata, 'Aku lagi bernasib baik sebab kau ada...' Manakan tidak, nak tanya orang pun susah macam dalam mulut ada emas je.

Pakcik anggota RELA pun menunjukkan jalan. Kami bergegas ke tempat yang dimaksudkan, mencari-cari bas Rapid KL yang mahu menuju ke hentian Puduraya. Di belakang kami, seorang aunty berbangsa Cina pun nak pergi hentian Puduraya tapi kesian, tiket bas dia pukul 7 malam. Ketika tu dah pukul 6 lebih.

Setelah hampir pukul 7, pakcik driver bas pun berkata, "Hentian Puduraya turun sini!" Kami pun bergegas turun. Kami serius tak tahu ke mana nak menuju. Mujur kami nampak aunty Cina yang nak naik bas pukul 7 tu. Kami pun follow belakang dia. Aunty tu jalan laju takut terlepas bas. Tengah duk mengikut aunty tu, baru aku ingat sesuatu.

"Nama siapa ye? Tak tau nama pun dari tadi."

"Raifana. Panggil je Ana."

"Saya D."

"Eh, umur berapa ni?"

"22."

"Oooh, akak ke. Saya 21."

"Takpe-takpe. Takyah panggil akak."

Gembira betul aku dapat berkenalan dengan gadis super peramah ni. Dia menarik tangan aku supaya berjalan sama-sama. Macam dah kenal lama pulak.

Sampai di hentian Pudu, banyak lagi baki masa sebelum pukul 8. Kami makan bersama. Macam tak percaya  sebab first time makan dengan stranger. Macam-macam kami sembang. Dari hal biasa sampai hal hati dan perasaan. Haa, siap cerita masalah boyfriend dengan family dia lagi tu. Lepastu, kami solat jamak di surau. 

Jam hampir pukul 8 menandakan tibalah masa untuk kami berpisah. Dia nak pulang ke Perak. Platform kami bersebelahan pulak tu. Macam tau-tau aje. Sempat la kami bertukar nombor telefon. Mana la tau, ada apa-apa nanti kan?

Perjalanan balik ke Kuantan hari itu penuh dengan senyuman. Pengalaman ini amat manis kerana di saat aku terasa seperti hilang harapan, Allah mengirimkan Raifana untuk bersamaku. Sungguh, segala puji-pujian hanya buatMu ya Allah. Alhamdulillah.

Sengih Cik D: Balik kali kedua dan ketiga pun ditemani stranger. Ehem, pompuan okay :)

20 May 2013

Innallaha ma'ana. Bila sedih je?

Terketar-ketar aku untuk menaip entry ni.

Bangun pagi tadi, tengah-tengah mandi tiba-tiba terlintas ayat innallaha ma'ana di fikiran. Macam selalu je dengar tapi tak tau maksudnya. Aku pun membiarkan fikiran itu berlalu pergi.

Di office, bukak laptop, nampak note zikir harian. Hari ni hari Isnin. Zikir hari ni 'la haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim'. Maksudnya apa ye? Ada perkataan tiada daya...lagi apa ye? Nak confirm, aku pun google maksudnya. Baru tulis 'la' kat kotak search, keluar senarai auto search. La tahzan innallaha ma'ana. Sentap.

Innallaha ma'ana. 
Ayat yang terlintas di fikiran pagi tadi. La tahzan maksudnya jangan bersedih. Innallaha ma'ana apa ye..

Klik.

Sesungguhnya Allah bersama kita. 

Ya Allah.. Terus aku teringatkan peristiwa pagi tadi. Bagaimana dalam keadaan mamai itu boleh aku terlintas ayat innallaha ma'ana. Aku baca lagi sekali.

Sesungguhnya Allah bersama kita.

Menggigil dan meremang bulu romaku. Sungguh, Allah sentiasa bersama kita. Kita je yang selalu lupa Allah sentiasa bersama kita. Tak patut jika hanya ingat Allah itu ada bila kita bersedih. Bila gembira? Bila bergelak tawa? Bila senang? Bila mengumpat? Bila buat dosa? Ingat ke?

Muhasabah diri.

Innallaha ma'ana.

04 April 2013

Langit itu tinggi, bumi itu rendah

Syair Imam Shafie sebelum meninggal dunia amat terkesan di jiwa. Beliau mengaku dirinya penjenayah (mujrim). Orang Arab pasti marah kalau dia digelar mujrim. Betapa jauh sifat dan  peribadiku dengan Imam Shafie. Ibarat langit dengan bumi :(

Cik d baru dengar syair ni sabtu lepas. Terus jatuh cinta. Ustaz Fadhil Ismail alunkan syair ni dalam bahasa Arab -memang tak faham- tapi terasa sayu je. Suara ustaz sedap gilerr sangat-sangat. Dengar je terus rasa nak balik gugel. Memang best tapi belum sempat nak hayati bait-bait ayat.

Walaupun terasa ketinggalan sebab baru menyedari kewujudan syair ini, nak tampal jugak lirik yang dicilok kt sini. Boleh la selalu bukak blog untuk menghayati syair ini kan :)

Sumber

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku
I submit my hopes to You, O Lord of all creation,
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
Though I am, O The Provider, Most Generous, a sinner,
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
When my heart is hardened, and my life is constricted,
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu
I turn to my submission as the way to Your pardon,
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
Thus when You, The All-forgiving, wipe clean my continuing sins,
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan
Your gift and Your clemency is a boon and an exaltation to me.


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
Is it not You who nourishes me, guides me?
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku
Therefore cease not your benevolence and bounty to me,
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
May those who have obtained excellence forgive me my trespass,
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
And parade not my wrongdoings and things that have passed.
فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
Should You forgive me, O Lord, absolve me of my treachery,
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
My injustice, that will be pardoned not on the day when grief is recollected,
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
But should you recompense my wrongs with your torment, still I will not lose hope,
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
Even as my trespass lands me in the Fire.


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
He is the one who speaks only in remembrance of his Lord,
وفيما سواه في الورى كان أعجما
dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
And when he is with others in this world, he is silent,
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Thus he says, "O my love, You are the One I beseech to, on Whom I place my faith,
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Enough is You for those in need for their dependence and their pleas".
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Thus I defend my love, though they be tainted with worldly lust,
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
Thus I protect this promise of devotion, marred though they may be,
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
In my waking moments, I pine for You, In my slumber, I hope for You,
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2
Walking beside me, full of hope,
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
Thus though my sins are mountainous, then and now,
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا 
sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

26 February 2013

Kuda Perang (Part 3)


Sambungan dari Kuda Perang (Part 2)

Apa pula mesej yang Allah sampaikan melalui surah Al-'Adiyat? Jom tengok tafsir ayat berikutnya. 

Ayat 6: Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur kepada Tuhannya 
Kanud: sangat tidak bersyukur

*Tiga ciri orang Kanud: 
  • makan seorang diri (orang lain tidak makan seperti yang dia makan)
  • tidak berbuat baik kepada hambanya (pekerja)
  • menyekat sesuatu kerana kepentingan diri
Ayat 7: Dan sesungguhnya ia(manusia) menyaksikan(mengakui) keingkarannya

Ayat 8: Dan sesungguhnya ia sangat melampau cintakan harta
Hub: suka yang berlebihan 

Allah berkata manusia amat tidak bersyukur malah manusia itu sendiri tahu yang dia tidak bersyukur. Boleh jadi juga maksud ayat 7 ini ialah perbuatan manusia yang tidak bersyukur itu yang menjadi saksi di Hari Kiamat nanti. Nauzu billahi min zalik.. 

Ayat 9: Maka tidakkah dia mengetahui apabila apa di dalam kubur dibongkarkan? 

Ayat 10: Dan didedahkan apa yang ada dalam dada? 

Allah memberi ancaman bahawa kubur akan dibongkarkan dan segala apa yang dipendam dalam dada dikeluarkan. Kata-kata (bahasa Arab) yang digunakan dalam ayat 9-10 adalah amat keras dan kasar yang mampu membuat perasaan bergoncang. (susah nak menghayati bila tak belajar bahasa Arab..) 

Ayat 11: Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka

Pengajaran 
1. Kita perlu mempersiapkan diri untuk berjuang fi sabilillah pada bila-bila masa. 
2. Ingat bahawa Allah tahu apa yang terdetik di hati kita. 
3. Sentiasa bertaubat kerana Allah suka orang yang bertaubat. 

*Info tambahan: Ada 2 surah yang berbentuk ancaman dari Allah SWT iaitu Surah Al-Zalzalah dan Surah Al-'Adiyat 

Inilah setakat perkongsian ilmu yang cik d dapat di Masjid Putra oleh Ustaz Umar (tak ingat nama penuh). Teguran diperlukan sekiranya ada info yang tersilap. Semoga bermanfaat.

25 February 2013

Kuda Perang (Part 2)

Alhamdulillah dapat juga kekuatan untuk menaip. Jom tengok tafsir ayat ke ayat. Maafla cik d kurang pandai bahasa arab. Ini antara yang cik d sempat salin dan fahamkan semula dengan merujuk beberapa tafsir quran. 

Ayat 1: Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan nafas kencang 
Dhobha: nafas kencang 

Ayat 2: Yang memercikkan api dari pukulan (tapak kakinya) 
Muriyat: percikan api yang kecil 
Qad-ha: pukulan tapak kaki kuda dengan batu 

Ayat 3: Dan yang menyerang tiba-tiba pada waktu Subuh 
Mughirat: mengubah keadaan 

Ayat 4: Sehingga menerbangkan debu 
Naq’a: debu 

Ayat 5: Dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh 
Wasatna: memecah/masuk 

Kuda Arab: besar & laju
Dapat bayangkan tak? Kuda dengan bunyi nafas kencang lari laju-laju kemudian tapak kakinya memercikkan api kerana bergeser dengan batu. Kuda tu meluru menyerbu dengan tiba-tiba pada waktu Subuh sehingga menerbangkan debu dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh yang menyebabkan kumpulan itu lari kucar-kacir. Gambaran yang menunjukkan betapa pantas dan tangkas mereka di dalam peperangan tersebut.

Bersambung..

18 February 2013

Kuda Perang (Part 1)

Sumber
Terdapat perbezaan pendapat sama ada surah ini diturunkan di Mekah atau Madinah. Kata sepakat lebih memihak kepada Mekah kerana ciri-ciri surah Makkiyah adalah ringkas, pendek dan umum di mana surah ini ditujukan kepada al insan, bukan al muslim.

Pakar sastera Al-Quran iaitu Sayyid Qutb berpendapat, rima surah ni kucar-kacir dan tak sedap didengar. Surah ini disifatkan sebagai tegas, pantas dan ganas kerana ianya berbentuk ancaman, teguran dan amaran dari Allah SWT. Tujuannya untuk menimbulkan rasa tidak selesa pada orang yang tidak beriman sebelumnya.

Bagi menghayati surah ini, korang kena bayangkan gambaran peristiwa. Riwayat oleh Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abbas mengatakan, Rasulullah SAW menghantar pasukan berkuda ke Kinanah, Mesir. Apabila sebulan berlalu tanpa khabar berita, orang munafik menyebarkan berita kematian mereka.

Lalu Allah menurunkan surah Al-‘Adiyat untuk memaklumkan kejayaan mereka. Lima ayat awal surah ini menunjukkan pasukan berkuda yang bergerak pantas. Pada ayat ke-enam dan berikutnya, Allah menyampaikan mesej kepada orang yang tidak beriman sebelumnya.

Perselisihan antara Ibnu Abbas dan Saidina Ali

Pada suatu hari, seorang pemuda bertanya kepada Ibnu Abbas tentang maksud Al-‘Adiyat. Ibnu Abbas menjawab kuda perang. Kemudian, pemuda itu pergi bertanya kepada Saidina Ali. Saidina Ali bertanya, “Adakah sesiapa yang kau tanya sebelumku?” Pemuda itu menjawab, “Aku telah bertanya pada Ibnu Abbas.” Lalu Saidina Ali menjawab, “Kuda perang.”

Saidina Ali berjumpa dengan Ibnu Abbas lalu memarahinya, “Kamu telah menipu pemuda itu. Al-‘Adiyat adalah unta yang pergi haji, bukan kuda perang.”

Apa yang kita boleh lihat di sini, Saidina Ali menjawab kuda perang kepada pemuda itu kerana telah mengetahui pendapat Ibnu Abbas. Ibnu Abbas juga tahu pendirian Saidina Ali yang mengatakan Al-‘Adiyat adalah unta yang pergi haji.

Said Hawwa telah menggabungkan pendapat mereka dengan mengatakan maksud Al-‘Adiyat adalah haiwan yang digunakan di jalan Allah. Tak kisahlah unta yang pergi haji atau kuda perang kerana kedua-duanya digunakan di jalan Allah. Pandangan yang paling kemas adalah pandangan Ibnu Abbas. Namun begitu, pandangan Saidina Ali juga mempunyai hujah yang kuat. Kalau bukak kitab tafsir, kita dapat lihat pandangan Ibnu Abbas kerana hanya sedikit kitab tafsir yang menggunakan pendapat Saidina Ali.

Sampai sini saja dulu yang cik d kongsikan. Meh tarik nafas dalam-dalam dulu. Part 2 nanti boleh tengok tafsir ayat.

Sengih cik d: hayati surah ni sehingga rasa takut pada Allah SWT.. no sengih-sengih.

14 February 2013

Comeback Cik D


Sumber

Pergh. Setahun berlalu.
Amboi cik d, takde salam tiba-tiba pergh. Kehkeh.

Assalamualaikum.. wbt..

Dah setahun berlalu, takkan takde cerita baru kot? Eh eh. Mestila ada. Blog syok sendiri memang macam ni. Hikhik.

Kelakar gila baca balik entri pada zaman dahulu...(nyanyi). Konon matang. Takpelah cik d, mujur kau tak hot. :P

Cik d rasa teruja ni. Rasa nak sharing sesuatu yang bermanfaat, insyaallah ---> next entry, okay!

Sengih Cik D: Sengih la!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...