16 October 2010

Oo..baru tau!

Amaran : Artikel ini boleh menyebabkan mengantuk 
Hari ni Cik D mengulangkaji subjek Instrumentasi Kimia I yang bertajuk Jimmy Neutron Activation Analysis (NAA) yang merupakan suatu proses nuklear. Kalau sebut nuklear, mesti ramai yang ingat insiden bom atom yang meletup kat Hiroshima dan Nagasaki tu kan? Cik D bukan nak cerita pasal kisah tu tapi tentang kemalangan Chernobyl.
Mengikut nota kuliah, bencana nuklear Chernobyl berlaku pada tahun 1986 iaitu kira-kira 20 tahun lepas. Oleh sebab Cik D tak pernah dengar pasal Chernobyl, Cik D pun google dan mendapati insiden tersebut amat tragis dan masih memberikan kesan kepada penduduk sekitar Ukraine sekarang.
Bencana Chernobyl berlaku pada 26 April 1986 di reaktor bernombor empat, kilang Chernobyl semasa sedang menguji sistem secara tidak sah. Sumber : encik wikipedia
Menurut dunia nuklear, kemalangan Chernobyl berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan rekaan reaktor yang dikendalikan oleh pekerja yang kurang terlatih. Ini menyebabkan ledakan stim dan kebakaran dibebaskan sekurang-kurangnya 5% dari reaktor radioaktif ke atmosfera dan melawan arah angin.
Kesannya, 2 pekerja kilang Chernobyl  meninggal dunia pada malam itu juga diikuti 28 lain yang meninggal dunia dalam beberapa minggu kemudian akibat terdedah kepada radiasi radioaktif.
  
Papan tanda Bahaya di Chernobyl
Kejadian tersebut menyebabkan radiasi ke atas penduduk Ukraine yang menyebabkan kecacatan kekal. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana radiasi ke atas manusia boleh berlaku.
Laluan radiasi ke dalam tubuh manusia
Tak semena-mena, Cik D layan Discovery Channel kat Youtube sebab nak tengok kemalangan Chernobyl. Tapi video lambat sangat buffering, jadi Cik D sempat download video ni yang menunjukkan beberapa kesan akibat kemalangan Chernobyl. Apa yang Cik D boleh cakap, Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ok, janganlah semua takut pulak dengar perkataan nuklear lepas tengok video ni sebab pakar teknologi nuklear dah mengambil pengajaran daripada insiden kemalangan nuklear atau radiasi bahan radioaktif yang pernah berlaku. Kan sejarah tu bertujuan untuk kita tak mengulangi kesilapan yang berlaku dahulu? Hee~
Sengih Cik D : saya bukan pelajar nuklear ^_^

15 October 2010

Mari gelak wakaka

Wakaka waka waka wawawa
Hari ni Cik D tergelak sorang-sorang dalam bilik. Ahahahahahahahahaaa..

Cuba je la step ni : 
  1. Bukak notepad
  2. Copy paste ayat ni : CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"saya suka awak, Cik D"
  3. Save dengan format .vbs (Kalau nak senang jumpa, save kat desktop)
  4. Klik je untuk play
Hint : Perkataan "saya suka awak, Cik D" boleh ditukar mengikut citarasa masing-masing. Gerenti lawak hahahahaaa..

Cik D suka sangat sebab laptop Cik D dapat lelaki bersuara macho. Kebanyakan laptop kawan-kawan Cik D dapat perempuan bersuara garau. Ahaha... Terbaik!

Sengih Cik D : Maklumat discovery ini diperoleh daripada sharing di facebook melalui 'notes penentuan jantina laptop'. Kemudian, kawan Cik D membongkar bahawa perkataan "I love U" boleh diganti kepada perkataan lain. Cayalah!

14 October 2010

Seram lagi

Oh Oh. 

Cik D masih terkejut.

Seram.

Tadi, Cik D berselisih dengan seekor biawak besar yang panjangnya macam budak berusia 3 tahun.

Seram sebab kami bertentangan mata, macam yang encik kucing hitam selalu buat kat Cik D.

Nak kata lucu pun boleh jugak sebab Cik D terkejut tengok dia, dia pun terkejut tengok Cik D. Cik D nampak badan dia terhenjut sebab terkejut. 

Niat Cik D nak lalu shortcut tapi terus berpatah balik lalu jalan jauh. Rasa macam nak muntah mengenangkan jarak antara Cik D dan biawak tu hanya setapak. Besar sangat! 

Cik D memang geli dengan cicak. Ini pulak macam jumpa spesies cicak yang gergasi. Memang rasa seram. Patutlah Cik D tak ambil kursus Zoologi. Hahha.

Cik D intai-intai, biawak tu dah berjalan pulang ke hutan. Geli  tengok biawak tu berjalan lenggang lenggok. 

Hai. Nama saya bewak ^_^
Sengih Cik D : Kawan Cik D kata, "Biawak tu pun geli tengok ko sebab tu dia terkejut. Hahaa.."

                          Tahan loya je nak google gambar biawak ni. @_@

My Malaysia


It was the day when I am waiting for Abah to take me home from school. And it was a 'wetness'day. I had always remember Abah will have meeting at his school every Wednesday --he was a teacher at a primary school and currently working at State Education Department. So, he will always late to pick me on Wednesday.

As always, I waited Abah at a bus stop in front of my school. Everything was just fine until the wind started blowing very hard. Really strong wind, I say! I remember a boy stretched his hand and his body attached to the wire fence unmovable because of the strong wind. 

Illustration for better understanding

Then, it started to rain heavily. Many students have been picked up by their parents or some school buses and vans. One by one friends left me and waved goodbye. 'Where is Abah? Abah never being this late before..'

I stand up to make a call because there are public phones just beside the bus stop. I put my left hand inside my baju kurung pocket and realize I did not have any coins left! I sat down and just hoped for abah to come a.s.a.p.

Later, there was no more students except me at the bus stop. I remember there were a Malay man, a Malay lady and an Indian lady. I know they were looking at me because it is weird for a student with school uniform still hanging around at the bus stop at that time.

From the three person, guess who helped me out?

Yes, it was the Indian lady. 

Indian lady : Why are you still here? Are you waiting for your father?
Me            : (Nodded)
Indian lady : But it is very late now. Have you call your home?
Me            : I did not have coins.
Indian lady : Oh, you can use my handset. What is the number?
Me            : xx-5736092

After the conversation with Ummi on the phone, Ummi has decided to pick me. Later, Ummi came with Along walking with an umbrella. 

Me            : Thank you. (Waving at the Indian lady)
Indian lady : (Waving back and smile)

The end. 

*****
Although 10 years have passed, I still remember her. She is a very kind person who did not mind helping other races. That is one of many reason why I am proud of my Malaysia. I am excited to write this story because I have long been intending to do so. If she was not there at that time, I might wait longer at the bus stop until Abah finishes his very long meeting. Thank you, lady!

Sengih Cik D : Agaknya lady tu dah beranak berape sekarang kan.. =D

08 October 2010

Bukan Pen Memandu

Amaran : Jangan baca ketika pening kepala
 
Teknologi Simpanan Mudah Alih


Disket | Zaman persekolahan | Asyik-asyik rosak | Masih ada kat rumah
Pemacu Kilat | Zaman matrikulasi (256MB) | Pernah kena virus 'Love' | Dah waris kat adik

Pemacu kilat | Zaman awal universiti (2GB) | Dah hilang pun
Pemacu kilat | Zaman universiti - sekarang (4GB) | Baru format akibat virus
Cakera padat | Guna untuk hantar assignment
Cakera keras luaran | Sedang dalam perancangan | Nak buat koleksi movie


Fokus
Pen Memandu Pemacu Kilat 

Pemacu kilat lebih dikenali sebagai :
Pemacu pen
atau
Pemacu ibu jari 
Pemacu kilat dengan pelbagai bentuk, corak dan warna :
Disket | Imbasan memori
Epal hijau | Kena dengan jiwa
Kamera idaman | Comel!
Tembikai | Terliur kalau tengah puasa
Transformers | Pergh! Adik mesti minat
Teddy bear | Kena pancung kepala
Kereta | Vroooom
Anjing | Auk2!
Sperma | Bercucu kalau laptop mengandung
Permata | Mahal kot
Love | Nak ni satu!
Pemacu kilat bukan sekadar penyimpan data mudah alih :


Tak berat ke data-data tu kak?
Selamat tak duit tu?
Gelang pun boleh
Bukak tutup botol
Macam-macam boleh
Lagi pemacu kilat :




Istilah

Simpanan Mudah Alih : Portable Storage
Disket : Diskette
Pemacu Kilat : Flash Drive
Cakera Padat : Compact Disc (CD)
Cakera Keras Luaran : External Hard Disk
Pemacu Pen : Pen Drive
Pemacu Ibu Jari : Thumb Drive


Sengih Cik D : teringinnye nak 'love' tu! siapa nak hadiahkan kat Cik D? =P

07 October 2010

Seram


Oh Oh. Seramnya.

Ada sesuatu merenung Cik D dengan tajam sebentar tadi. Ini bukan kali pertama. Sudah kali ketiga Cik D direnung sebegitu rupa. Seram sampai terasa kupu-kupu berterbangan dalam perut.

Babak pertama
Cik D berjalan lenggang lenggok ke bilik dari bilik air. Baru nak menyumbat kunci pada tombol pintu, Cik D terasa ada yang sedang memandang. Cik D toleh. Oh Oh. Memang Cik D sedang ditenung. Cik D tenung dia balik. Nampaknya dia tak nak berganjak. Cik D kalah dan tewas dengan renungannya. Seram menyelubungi diri. Terus Cik D masuk bilik cepat-cepat dan kunci pintu. 

Babak kedua
Cik D berjalan lenggang lenggok ke tong sampah untuk membuang bekas polisterin kosong. Cik D nampak dia lagi. Kali ni dia lari menuruni tangga bila Cik D melangkah menghampiri tangga. Ok takpe, dia tak tenung lagi. Selesai membuang sampah, Cik D mengintai dia. Oh Oh. Dia merenung Cik D dengan tajam. Matanya tidak beralih. Seram. Cik D cepat-cepat masuk bilik. Kunci bilik.

Babak ketiga
Ok ini betul seram. Cik D pulang ke blok. Bilik Cik D di aras 2. Melangkah masuk ke dalam blok, dia tenung Cik D dengan mata yang sangat bulat macam sebelum ni jugak. Ok takpe, Cik D dah biasa ditenung begitu. 

Dengan rileks, Cik D melangkah tangga menuju ke bilik. Cik D duduk di kerusi menghadap tingkap. Tiba-tiba nampak dia melalui beranda depan tingkap Cik D! Dia berhenti. Oh Oh. Dia tenung Cik D. Keras sungguh renungannya. 

Cik D tenung dia balik. Macam selalu, Cik D kalah. Cik D tutup tingkap tengah. Cik D intai dari tingkap pertama. Dia masih merenung Cik D! Seram. Seram! Cik D tutup tingkap pertama dan pergi ke tingkap ketiga. Alamak! Tingkap ni tak boleh tutup! Oh Oh. Dia pulak masih merenung Cik D dengan tajam. Cik D menarik langsir, duduk dan terus taip entry ni. 


Seramnya dengan kucing hitam ni!


Kalau kucing tu wat camni, boleh pengsan!
Sengih Cik D : Agak-agak dia ada lagi kat situ tak? Tak nak intai dah. Huhu..

My priority


Assalamualaikum and greetings to all viewers.

Someone just got me mad. Really really mad.

Who ever say that education has no important? I bet, even the poorest uneducated parents in the world want their children to get education and perhaps better education as possible as they can. As in Malaysia, there are parents who tends to sold their properties such as houses and lands in order to pay school fees. 

The point is, why there are still people, without any guilt, forces student not to attend classes for other reason?

No matter how successful they are, they should never told a student to skip classes and strictly say that class is not important. Hello..! You are the one who should wake up! When your kids have grown up someday, do you want to tell them, "Dear, don't go to school. Just do this and we can be rich without learning in school!" HUHH.
 

is that money?
What matters here, that person said eagerly every parents want to give better education to their children. But why then, they were not thinking of our parents who sent us here to finish our study? Yes, we can get part time job but part time is part time. Don't push us as we are working for full time. Our priority is what we have decided and that is, education.

Thank you.

Sengih Cik D : x boleh nak sengih ketika ini.

*if i have use wrong grammar or vocab, please let me know because i want to improve my english skills.thank you.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...