16 October 2010

Oo..baru tau!

Amaran : Artikel ini boleh menyebabkan mengantuk 
Hari ni Cik D mengulangkaji subjek Instrumentasi Kimia I yang bertajuk Jimmy Neutron Activation Analysis (NAA) yang merupakan suatu proses nuklear. Kalau sebut nuklear, mesti ramai yang ingat insiden bom atom yang meletup kat Hiroshima dan Nagasaki tu kan? Cik D bukan nak cerita pasal kisah tu tapi tentang kemalangan Chernobyl.
Mengikut nota kuliah, bencana nuklear Chernobyl berlaku pada tahun 1986 iaitu kira-kira 20 tahun lepas. Oleh sebab Cik D tak pernah dengar pasal Chernobyl, Cik D pun google dan mendapati insiden tersebut amat tragis dan masih memberikan kesan kepada penduduk sekitar Ukraine sekarang.
Bencana Chernobyl berlaku pada 26 April 1986 di reaktor bernombor empat, kilang Chernobyl semasa sedang menguji sistem secara tidak sah. Sumber : encik wikipedia
Menurut dunia nuklear, kemalangan Chernobyl berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan rekaan reaktor yang dikendalikan oleh pekerja yang kurang terlatih. Ini menyebabkan ledakan stim dan kebakaran dibebaskan sekurang-kurangnya 5% dari reaktor radioaktif ke atmosfera dan melawan arah angin.
Kesannya, 2 pekerja kilang Chernobyl  meninggal dunia pada malam itu juga diikuti 28 lain yang meninggal dunia dalam beberapa minggu kemudian akibat terdedah kepada radiasi radioaktif.
  
Papan tanda Bahaya di Chernobyl
Kejadian tersebut menyebabkan radiasi ke atas penduduk Ukraine yang menyebabkan kecacatan kekal. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana radiasi ke atas manusia boleh berlaku.
Laluan radiasi ke dalam tubuh manusia
Tak semena-mena, Cik D layan Discovery Channel kat Youtube sebab nak tengok kemalangan Chernobyl. Tapi video lambat sangat buffering, jadi Cik D sempat download video ni yang menunjukkan beberapa kesan akibat kemalangan Chernobyl. Apa yang Cik D boleh cakap, Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ok, janganlah semua takut pulak dengar perkataan nuklear lepas tengok video ni sebab pakar teknologi nuklear dah mengambil pengajaran daripada insiden kemalangan nuklear atau radiasi bahan radioaktif yang pernah berlaku. Kan sejarah tu bertujuan untuk kita tak mengulangi kesilapan yang berlaku dahulu? Hee~
Sengih Cik D : saya bukan pelajar nuklear ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...