Oh Oh.
Cik D masih terkejut.
Seram.
Tadi, Cik D berselisih dengan seekor biawak besar yang panjangnya macam budak berusia 3 tahun.
Seram sebab kami bertentangan mata, macam yang encik kucing hitam selalu buat kat Cik D.
Nak kata lucu pun boleh jugak sebab Cik D terkejut tengok dia, dia pun terkejut tengok Cik D. Cik D nampak badan dia terhenjut sebab terkejut.
Niat Cik D nak lalu shortcut tapi terus berpatah balik lalu jalan jauh. Rasa macam nak muntah mengenangkan jarak antara Cik D dan biawak tu hanya setapak. Besar sangat!
Cik D memang geli dengan cicak. Ini pulak macam jumpa spesies cicak yang gergasi. Memang rasa seram. Patutlah Cik D tak ambil kursus Zoologi. Hahha.
Cik D intai-intai, biawak tu dah berjalan pulang ke hutan. Geli tengok biawak tu berjalan lenggang lenggok.
Hai. Nama saya bewak ^_^ |
Tahan loya je nak google gambar biawak ni. @_@
No comments:
Post a Comment